
Susulan kenyataan kurang ajar daripada Patrick Teoh, AC Mizal telah tampil mengajak orang ramai untuk melupakan fahaman politik dan bersatu untuk mengeji tindakan tersebut. Selebriti-selebriti lain seperti Tomok dan Danny X Factor juga melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Patrick Teoh tersebut.


Susulan itu, Patrick Teoh dilihat telah pun memadam kenyataan di Facebooknya dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia.


Emm.. Sepatutnya Patrick ni sedar sebelum mengeluarkan kata-kata tu kat laman sosial. Bukannya selepas berlaku benda ni baru minta maaf, Anda dah melukai dan membangkit rasa marah Muslim. WeGosip percaya setiap agama mengajar penganutnya menghormati agama lain kan??
Semoga menjadi teladan pada yang lain...





