Aaron Aziz Kekwat? Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Friday 11 January 2013

Aaron Aziz Kekwat?



Populariti yang dikecapi pelakon kacak berasal dari Singapura, Aaron Aziz semakin meningkat naik sejak setahun lepas. Lebih-lebih lagi selepas filem Ombak Rindu mendapat sambutan hangat dan disusuli dengan gelaran Bintang Paling Popular 2011, tahun lalu.

Biasalah bila sudah popular pastinya menjadi perhatian ramai dan boleh dihimpit dengan pelbagai kontroversi termasuklah isu pemohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) yang menjadi pertikaian dan perhatian semua pihak pada pertengahan tahun 2012.

Awal tahun ni,Aaron dikatakan kekwat dan sombong di sebuah set penggambaran drama serta tidak bercampur dengan artis-artis lain. Aaron juga didakwa berkelakuan 'diva' dan berkehendakkan layanan VVIP sepanjang penggambaran berlangsung.

Selain isu kekwat dan diva, Aaron turut dikatakan sudah pandai meletakkan harga yang tinggi dan semakin demand sejak kebelakangan ini.

Komen aaron....

"Saya sebenarnya terkejut apabila dituduh sampai begitu sekali. Saya nak juga tahu daripada mana si penyampai berita tu dapat cerita. Macam nilah, bagi saya kalau seorang sahaja yang berkata-kata, tak perlulah saya terasa atau melenting.Sesiapa pun akan dapat bezakan sama ada cerita itu benar atau pun tidak,"

"Saya tak faham kenapa isu macam tu boleh timbul.Saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa. Cerita-cerita demand ni bahaya sebab ia boleh mencalarkan imej serta reputasi saya. Nanti lepas ni orang takut pula nak ambil saya berlakon.

"Tak apalah, saya anggap ia sebagai asam garam bergelar artis. Apa yang lebih penting sekarang ni, saya nak fokus kepada kerjaya dan mahu bekerja lebih keras untuk keluarga, itu lebih penting," katanya.