Adele Berahsia Mengenai anak Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Saturday 12 January 2013

Adele Berahsia Mengenai anak




Semenjak melahirkan anak lelakinya pada Oktober 2012, Adele memutuskan untuk tidak muncul di tempat awam. Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 24 tahun ini juga merahsiakan bayinya bersama Simon Konecki itu dari pengetahuan umum. Tetapi baru-baru ini, Adele akhirnya muncul di hadapan awam bersama bayinya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu hits "Rolling In The Deep" itu sedang bersiap untuk terbang ke Los Angeles bagi menghadiri anugerah Golden Globe Awards 2013.Anugerah penghargaan itu akan menjadi kemunculan rasmi perdana Adele setelah ia melahirkan anaknya.

Saat kamera wartawan berusaha mendapatkan gambarnya, Adele nampak berusaha menutupi kepala anaknya. Ia mendakap bayinya di dada dan berusaha mengelakkan kamera wartawan. Semenjak melahirkan, Adele memang dikhabarkan sangat menjaga anak lelakinya itu.

Hingga saat ini Adele masih merahsiakan nama anaknya dari awam dan media. Bahkan, penyanyi berasal dari England ini juga dikhabarkan belum mendaftarkan sijil kelahiran anak lelakinya.