Fasha Sandha Tidak Sangka Tercalon lagi Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Friday, 11 January 2013

Fasha Sandha Tidak Sangka Tercalon lagi



Bakal bersaing dengan pelakon berpengalaman, Nabila Huda serta nama baru seperti Neelofa, Izara Aishah dan Siti Saleha, Fasha Sandha begitu berterima kasih kepada peminat setianya yang tidak jemu-jemu menghantar undian bagi memastikan dia terus mara. “Ingin sekali saya berterima kasih kepada pembaca yang mengundi dan saya yakin mereka ini adalah peminat tegar yang begitu mempercayai akan bakat dan hasil kerja saya.

“Terus terang dan jujurnya daripada hati kecil, saya tidak jangka langsung akan tercalon dalam Top 5 ABPBH kali ini. Tambahan pula, dengan berbadan dua sekarang ini, saya lebih fokus kepada menguruskan keluarga baru saya.
“Kehadiran saya pada sidang media pencalonan awal tidak lama dulu, saya sifatkan sebagai tanda sokongan kepada Berita Harian selaku penganjur anugerah itu.
“Pada masa akan datang kalau tidak tercalon pun, saya akan tetap memberi sokongan kepada penganjuran acara ini. Bagi saya enam anugerah yang saya miliki menerusi ABPBH sudah cukup besar buat saya berpuas hati.
“Harus juga saya perkatakan bahawa saya amat terhutang budi dengan ABPBH. Ternyata ia ba­nyak membantu kerjaya artis tempatan dan disifatkan sebagai penganjuran anugerah berprstij di Malaysia.
“Mungkin ramai yang tidak mengetahui hal ini. Sebelum saya bergelar artis lagi, saya adalah salah seorang peminat anugerah ini. Saban tahun saya memang ternanti-nanti untuk menonton ABPBH di kaca TV. “Dulu saya akan menunggu depan kaca TV dengan perasaan teruja untuk melihat Erra Fazira mengambil anugerah. Saya minat sangat dengan kak Erra, malah sampai sekarang masih mengagumi Erra. Berbalik pada pertanyaan tadi, andai nama saya tidak lagi dicalonkan dalam ABPBH sekalipun, saya akan tetap menjadi penonton setia anugerah itu,” katanya.

Fasha yang kini sarat mengandung anak pertamanya bersama suami Jejai juga mengakui saat ini adalah saat yang paling menyeronokkan dalam fasa hidupnya. Malah sangat teruja untuk bergelar seorang ibu.

"Kalau ikutkan saya akan ‘due’ atau dijangka bersalin hujung Mac atau awal April ini. Kalau sempat saya dapatlah ke ABPBH2012 itu nanti." katanya ceria.