"Doa-doakanlah agar 'Adam & Hawa' mempunyai sekuel (filem) yang menjadi satu lagi fenomena selepas 'Ombak Rindu'. Insya-Allah, ia ada dalam perancangan kami," katanya.
Sementara itu, populariti drama ini dikatakan telah melonjakkan langganan pakej Mustika bagi ASTRO.
"Kita ada banyak produk (program) yang menjadi faktor peningkatan jumlah langganan saluran premium (pakej Mustika).
"Tidak dinafikan Adam & Hawa memainkan peranan penting kepada peningkatan itu," kata Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani.
Dibintangi oleh Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin dan Anzalna Nasir, drama yang mula ditayangkan pada 27 Ogos tahun lalu itu telah berakhir pada Khamis lepas.