Roslan Shah Bakal Akhiri Zaman Bujang Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Tuesday 15 January 2013

Roslan Shah Bakal Akhiri Zaman Bujang


Pengacara dan pelakon, Roslan Shah mengakui berasa lebih ‘macho’ selepas menukar imej rambutnya kepada botak baru-baru ini.

Roslan, 41, berkata, imej terbaru itu dilakukan selepas bernazar bersempena hari lahirnya pada 17 November lalu dan kali pertama dia membotakkan kepalanya.

“Dengan imej botak ini selain rasa lebih segar dan nampak muda, saya rasa lebih ‘macho’ sikit."

Selain itu selebriti yang merupakan peserta pertama yang tersingkir dalam Fear Factor Selebriti Malaysia bersama Azam Pitt ini tutut menyimpan hasrat untuk menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hatinya.

Namun Roslan enggan bercakap dengan lebih lanjut mengenai gadis idaman hatinya yang berasal dari Kelantan itu kerana mahu mengelakkan kesilapan lalu berulang lagi.

"Saya bukan nak sorok tetapi tidak mahu perkara lalu berulang. Saya pernah bertunang tetapi sudah putus pada tahun 2004. Ketika itu saya terlampau mendedahkan bekas tunang kepada khalayak sehingga berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Biarlah ini menjadi pengajaran buat saya supaya tidak lagi mengulangi kesilapan lalu. Selain itu, saya menghormati permintaan keluarga dia supaya tidak mendedahkan identiti dirinya kepada umum. Saya juga tidak mahu dia tertekan dengan kutukan dan hinaan orang yang pandang serong terhadap kami."

Pada yang menganggap Roslan berkahwin cuma mahu menutup persepsi negatif terhadapnya Roslan berkata "Mulut orang kita tidak boleh nak tutup, orang akan tetap mengata sepanjang masa. Apa yang saya harapkan hanyalah doa daripada peminat dan sesiapa yang mengenali diri ini untuk menjadi manusia yang lebih baik. Kalau orang mengata, saya akan diamkan diri sahaja. Jika saya melawan semula nanti, boleh jadi pergaduhan pula dan saya tidak mahu ia berlaku. Saya buat benda baik orang mengata, saya buat perkara yang tidak baik lagi orang akan menghentam saya. Jadi, saya akan buat tidak tahu sahaja."


Sumber : Kosmo