Lisdawati Dan Rita Rudaini Sudah Berbaik Tapi Tidak Mahu Fauzi Nawawi Di Set Penggambaran Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Tuesday 15 January 2013

Lisdawati Dan Rita Rudaini Sudah Berbaik Tapi Tidak Mahu Fauzi Nawawi Di Set Penggambaran




Buang yang keruh ambil yang jernih, itu pendekatan yang diambil oleh pelakon Lisdawati apabila dia memberitahu hubungannya dengan pelakon Rita Rudaini kini sudah kembali pulih. Malah kedua-duanya bersetuju untuk digandingkan dalam drama terbaru arahan Murali Abdullah, Kerana Sarah. Sekitar tahun 2006, Lisda dan Rita menggemparkan seluruh industri hiburan tanah air apabila merea berdua bergaduh besar. Insiden yang berlaku di tepi kolam renang itu menjadi bualan hangat ramai kerana disangkakan mereka ketika itu benar-benar menghayati watak untuk drama 'Kau Yang Ku Sayang' tetapi rupa-rupanya mereka betul-betul bergaduh. Setelah insiden tersebut, Lisda dan Rita tidak lagi digandingkan dalam layar perak mahupun sesi fotografi.

"Saya dengan Rita okay. Kami kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Kerana Sarah. Selepas sekian lama sejak kejadian tu (gaduh) baru ni kami bersua dan berlakon bersama.

"Sebelum ni memang ada saya menerima panggilan dari beberapa pihak media yang mahu menggandingkan kami dalam sesi fotografi, tetapi selalu tak jadi. Mungkin juga kerana jadual Kak Rita yang terlalu padat", kata Lisdawati ketika ditemui di majlis Malam Bersama Bintang anjuran TV3, kelmarin.

Tambah Lisda, sepanjang di set penggambaran Kerana Sarah, mereka berdua tiada apa-apa masalah. Masing-masing bersikap profesional.

"Untuk babak saya dengan Rita, kami akan jalani penggambaran selama 10 hari. Sekarang ni baru tiga hari di set. Saya memengang watak antagonis dan dia pula watak baik. Setakat ni semuanya berjalan lancar.

"Lebih baik kita tutup cerita lama. Yang penting, silaturrahim antara saya dan Kak Rita telah pulih dan kembali terjalin. Saya bersyukur kerana maklum balas dari Kak Rita juga baik. Saya harap tiada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan", katanya. 

Rita Rudaini



Walaupun begitu, Yang menarik perhatian kami adalah kenyataan Rita Rudaini yang melarang kehadiran suami Lisdawati, Fauzi Nawawi di mana mana lokasi penggambaran yang melibatkan diri beliau.
“Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi (Nawawi) ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum,” kata Rita Rudaini.