Mamat Sepah Suntik wajah Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Saturday 12 January 2013

Mamat Sepah Suntik wajah



Sebelum ini Mamat, bekas ahli kumpulan Sepah pernah menimbulkan pelbagai kontroversi dari kisah percintaan sehingga ke pergaduhan di Twitter. Sekali lagi dunia hiburan dikejutkan lagi dengan berita terbaru dari jejaka berasal dari Johor ini apabila dia mengaku bahawa telah mengambil suntikan kolegan dan vitamin c untuk kecantikan wajah.

Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad yang dipetik dari Utusan, dia terpaksa membuat suntikan tersebut di muka demi kesinambungan karier seninya.

Walau bagaimanapun, Mamat enggan menjelaskan dengan lebih terperinci jumlah wang yang dilaburkan untuk mendapatkan rawatan kecantikan tersebut.

Emm..apa-apa jelah mamat..