Sharnaaz Ahmad Akui kongkong Shila Amzah Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Thursday 10 January 2013

Sharnaaz Ahmad Akui kongkong Shila Amzah



Pelakon Sharnaaz Ahmad, 27 mengakui yang dia sememangnya mengawal pergerakan Shila Amzah kerana penyanyi itu merupakan bakal isterinya dan beliau juga mengakui serius dengan hubungan mereka ketika ini.

“Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan"

"Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya,” Kata Sharnaaz Ahmad yang ditemui media di tayangan perdana filem Juvana.


Sharnaaz yang memegang watak Lan Todak dalam filem itu yang akan ke pawagam pada 24 Januari nanti, juga berazam untuk memastikan kerjaya untuk 2013 lebih menyerlah daripada cerita kurang enak didengar mengenai dirinya pada 2012.