Taylor Swift Kembali Ke Studio Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Saturday 12 January 2013

Taylor Swift Kembali Ke Studio



Taylor Swift yang sedang patah hati kerana baru putus cinta kini boleh mengubah rasa pahit dan sedih itu dengan menulis lagu baru, hasilnya dia berjaya menulis hingga lima lagu dalam masa yang singkat.

kata sumber yang boleh dipercayai "Taylor menulis muzik dengan cara yang sama seperti wanita lain berbual dengan rakan mereka di telefon,"

"Dia selalu mengatasi emosinya dengan cara seperti itu dalam hidupnya. Harry dan Taylor memang bersama dalam waktu yang singkat, tapi perasaan mereka cukup mendalam satu sama lain, jadi (putus cinta) pasti sangat menyakitkan," tambahnya lagi.  


"Liriknya sudah ditulis, tapi Taylor belum memastikan bila akan dikeluarkan."

Taylor kembali ke studionya di Los Angeles untuk bekerja dua hari lepas (10/1). Harry dan Taylor putus saat bercuti di Virgin Islands, Kepulauan Caribbean. 


Taylor Swift kini meluangkan masa bersama keluarganya yang banyak memberi sokongan kepadanya kini.