Norish Karman Rampas Suami Kawan Sendiri? Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Tuesday 22 January 2013

Norish Karman Rampas Suami Kawan Sendiri?


Baru sahaja reda daripada kontroversi yang membabitkan status anak keempatnya, Muhammad Haq Lutfie Alexander, kini timbul pula kisah baru, ada pihak yang mendakwa Norish Karman cuba menggoda suami orang. apa yang lebih panas orang itu merupakan suami kepada teman baiknya sendiri.

Munurut laporan dari Berita Harian, segalanya bermula apabila Norish yang ingin menyembunyikan kelahiran anak keempatnya itu telah berpantang di rumah seorang kenalan pada September lalu bagi mengelak daripada diketahui umum.

Namun niat baik kenalannya yang menjaga aktres "Spa Q" sepanjang berpantang dibalas dengan merampas suaminya dan menghancurkan rumah tangga yang dibina.

Pasangan suami isteri itu didakwa telah berpisah kerana si suami ingin meneruskan hidup bersama Norish dan mereka dikhabarkan semakin intim bersama.