Siti Nurhaliza Bertudung Litup Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Saturday 12 January 2013

Siti Nurhaliza Bertudung Litup




Selamat Hari Lahir kepada penyanyi terkenal Siti Nurhaliza yang menyambutnya pada 11 Januari 2013 lalu. Sempena hari lahirnya yang ke 34, Siti telah mengesahkan kepada Berita Harian yang dia mahu bertudung litup selepas ini.




“Inilah imej Siti untuk usia 34 tahun dan Siti harap penampilan baru ini akan terus kekal sampai bila bila,” ujar Siti Nurhaliza yang kini sedang dalam tempoh bercuti dari sebarang aktiviti seni.



Ini sekaligus menjawab persoalan ramai peminat yang tertanya tanya adakah benar Siti Nurhaliza sudah berubah wajah apabila beberapa keping gambar terbaru beliau dimuat naik ke Instagram.

Kami di WeGosip berharap semoga perubahan ini kekal buat Dato’ Siti Nurhaliza... Insyaallah..