Farid Kamil Nafi Diana Danielle Ditahan Di Lapangan Terbang Antarabangsa Sdyney Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Saturday 12 January 2013

Farid Kamil Nafi Diana Danielle Ditahan Di Lapangan Terbang Antarabangsa Sdyney




Semalam, tersebar satu berita tentang pelakon Diana Danielle telah ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia kerana faktor kandungan melebihi bulan yang dibenarkan untuk menaiki pesawat. Berita ini timbul kerana Farid dilihat pulang seorang diri tanpa ditemani oleh isterinya yang kini sudah mengandung selama 2 bulan. Sebelum ini, pasangan ini telah ke Sydney untuk berbulan madu selama dua minggu.

Farid Kamil telah pun seminggu berada di Malaysia dan sibuk dengan pengambaran filem di Langkawi.

Namun, suami Diana Danielle yang juga pelakon terkenal Farid Kamil telah menafikan isterinya ditahan di di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney seperti yang disebarkan.

“Berita tersebut adalah tidak benar sebab Diana Danielle masih berada di Sydney untuk meneruskan pengajiannya kat sana. Diana Danielle sedang ditemani beberapa rakannya yang juga pelajar Malaysia kat sana.”

Farid Kamil pulang seorang diri ke Malaysia atas komitmen kariernya sebagai pelakon di mana beliau ketika ini sedang sibuk berada di lokasi pengambaran filem Benchinta terbitan Metrowealth Pictures di Pulau Langkawi.

“Dia (Diana Danielle) sebenarnya ada temuduga untuk melanjutkan pengajian ijazah Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di University of Sydney selama empat tahun di sana.”

Jadi, Diana yang kini mengandung dua bulan perlu terus tinggal di sana untuk menantikan keputusan temu duga dan akan pulang ke Malaysia selepas urusan pendaftaran pelajar selesai.

Selain berlakon dalam filem Benchinta, Farid juga akan sibuk mengarah sebuah filem aksi tak lama lagi. Farid akan bertemu semula dengan Diana Danielle pada penghujung bulan ini.