Yuna anggap kemelut Uji Rashid & AJL27 selesai Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Monday 21 January 2013

Yuna anggap kemelut Uji Rashid & AJL27 selesai




Kemelut membabitkan penyanyi veteran Uji Rashid yang digugurkan di saat-saat akhir bagi menggantikan Yuna di pentas Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) pada 6 Januari lalu telah pun dianggap selesai.

Yunalis Zarai atau Yuna, isu tersebut tidak perlu dipanjangkan lagi selepas pihak TV3 memberi penjelasaan dalam program "Melodi" yang disiarkan semalam (Ahad).

"Rasanya tidak perlu dipanjangkan lagi kerana saya rasa ia telah pun selesai apabila TV3 tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan suasana.

"Malah saya enggan melihat perkara ini sebagai sesuatu yang negatif dan pasti ada hikmah di sebaliknya," jelas Yuna yang ditemui di majlis kesyukuran selepas lagu "Terukir Di Bintang" dinobatkan sebagai Juara Lagu di AJL27 baru-baru ini.