Zain Saidin Rancang Kahwini Rozita Che Wan Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Monday 21 January 2013

Zain Saidin Rancang Kahwini Rozita Che Wan




Selepas meluahkan perasaan cintanya terhadap aktres cantik Rozita Che Wan melalui akaun Instagram miliknya, Zain Saidin kini berharap dapat mengakhiri zaman bujangnya tahun ini.

Dipetik dari sebuah laman sesawang hiburan tempatan, Zain ketika ditemui memberitahu sekiranya dimurahkan rezeki dan ada jodoh, mereka berdua akan melangsungkan perkahwinan mereka sekitar tahun ini.

"Che Ta (Rozita) tidak meletak sebarang tempoh kepada saya. Namun sudah tentu saya perlukan masa untuk membuat persiapan. Sebagai seorang lelaki, saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan perkahwinan. Sebab itu saya katakan, jika ada rezeki, kami bakal berkahwin pada tahun ini,

"Hubungan kami memang serius. Jika ada terdengar gossip mengenai Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar kerana kami bersama ketika ini," ujar Zain tegas.