Yuna Mohon Maaf Pada Uji Rashid Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Tuesday 15 January 2013

Yuna Mohon Maaf Pada Uji Rashid




Ekoran insiden yang menyaksikan Uji Rashid disingkirkan disaat akhir dan ditukar kepada penyanyi lain untuk menyanyikan lagu ‘Terukir di bintang’ di AJL tanpa pengetahuan Yuna.Yuna secara peribadinya telah menelefon sendiri penyanyi kesayanganya itu untuk memohon maaf diatas apa yang telah berlaku. Yuna yang sedang sibuk merakamkan album terbaru dengan komposer tekenal antabangsa, David Foster itu telah meluangkan masa dan membuat pangillan telefon dari Amerika Syarikat sekitar pukul 1 pagi, Sabtu lalu bagi memohon maaf dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.

Yuna juga turut meluahkan rasa sedihnya kerana Uji Rashid telah diperlakukan sebegitu rupa oleh pihak penganjur. Jelas Yuna, apa yang berlaku semuanya diluar pengetahuannya malah Yuna juga menafikan yang dia sendiri telah membuat keputusan untuk menukarkan Uji Rashid dengan penyanyi lain.

Uji Rashid bagaimanapun, menerima permohonan maaf daripada Yuna itu dan ingin melupakan segala insiden yang telah berlaku Walaupun masih terkesan dengan kejadian itu.

Sumber: Utusan