Paramore Live in KL 2013 Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Tuesday 15 January 2013

Paramore Live in KL 2013

Paramore live in KL 2013


Pernah mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 19 Oktober 2010 lalu , Kumpulan yang berasal dari Tennessee Amerika Syarikat ini sekali lagi akan berkunjung ke Malaysia untuk menghiburkan peminat disini.

Semestinya menjanjikan persembahan lebih mantap daripada konsert, Paramore dianggotai oleh Hayley, Jeremy Davis dan Taylor York ini dikhabarkan bakal muncul dengan imej lebih segar.
Pada masa yang sama, kumpulan berkenaan mengambil kesempatan mempromosikan album terbaru yang bakal muncul di pasaran pada 9 April nanti.

Malah, Hayley Williams sebagai vokalis ini dikatakan cukup berbesar hati memilih Kuala Lumpur sekali lagi sebagai satu daripada lokasi jelajah dunia mereka.

 Pada konsert itu nanti, kumpulan tempatan, One Buck Short akan menjadi aksi pembuka tirai manakala kumpulan rock bebas AS, Mewithoutyou, akan turut menghangatkan suasana.

Tiket untuk menyaksikan konsert kerjasama Tune Talk dengan Blackberry ini boleh didapati di kaunter tiket Ticketpro. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 03-78807999 atau layari laman web www.ticketpro.com.my.