Cerai Isteri Kerana Aaron Aziz Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Monday 14 January 2013

Cerai Isteri Kerana Aaron Aziz




Seperti mana yang kita tahu, Aaron aziz ni memang ramai peminat wanita, yalah dengan wajah kacak, badan tegap dan lakonannya yang sweet tu boleh buat kaum hawa cair.

Dan disebabkan meminati Aaron Aziz juga sepasang suami isteri bercerai.,Pak Cik ni dah 50an dah umur dia. Tapi kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana, mungkin memang jodoh sampai situ saja.

Begini kata si suami bila hakim tanya sebab apa dia lafaz cerai: “Saya lafaz cerai semasa bangun tidur pukul 10.05 malam. Saya ke ruang tamu dan melihat isteri asyik menonton drama bersiri Adam Dan Hawa. Saya syak isteri saya menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz daripada tingkah lakunya itu.

“Saya jadi cemburu dan tak dapat mengawal kemarahan lantas melafazkan talak satu terhadap isteri. Saya rasa diri saya sudah tak dihargai lagi.” Terkesima hakim itu mendengar punca sebenar lafaz cerai yang dilafazkan diluar mahkamah itu. Hanya kerana si isteri meminati drama lakonan Aaron. Si suami cemburu sampai melafazkan cerai.

Begitulah kisahnya. Harap dijadikan teladan buat semua. Si Isteri janganlah leka dengan 'Suami Orang' dan yang dah ada 3 orang anak tu sampai terlupa suami sendiri. Yang suami pulak, janganlah cemburu tak bertempat dan jangan bertindak terburu-buru. Fikir dulu ok...