Tasha Shila Tiada Tajaan Undi? Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Saturday 12 January 2013

Tasha Shila Tiada Tajaan Undi?




Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) tahun lepas kita menyaksikan Tasha Shila telah memenangi kategori Artis Baru Popular Namun untuk ABPBH2012, nama Tasha Shila tercicir dari disenaraikan dalam mana-mana kategori. Lalu, timbul desas-desus yang mengatakan Tasha Shila tidak mendapat tajaan undi atau gagal mendapat tajaan pada kali ini. Ianya dikatakan punca utama Tasha Shila tiada dalam senarai.

Namun, Tasha Shila telah menolak tuduhan yang tak berasas ini dan beliau rasa sangat terkilan kerana fitnah ini memburukkan namanya. Menurut Tasha, tidak pernah timbul isu tajaan, malah semuanya ditentukan oleh Allah, segala rezeki datang dari Dia dan kemenangan Tasha pada tahun lepas adalah berkat kesungguhan dan bakatnya dalam bidang lakonan.

“Tak perlu rasanya untuk megatakan saya tak disenaraikan dalam ABP kerana tiada tajaan undi. Saya percaya punca saya tak disenaraikan sebab tiada nasib yang baik untuk kali ini. Tuah memang tak menyebelahi saya. Lagi pun pada tahun lalu, tak banyak sebenarnya produk atau drama lakonan saya ditayangkan di kaca TV mahupun di pawagam.”

Sebelum ini, Tasha Shila juga telah menafikan tuduhan dan fitnah berkenaan kontroversi tajaan kereta Audi R turut menjadi faktor beliau menang di ABP pada tahun lepas.

“Saya akui, kontroversi ini memang membuatkan ramai media yang menyiarkannya dan sekalgus, menyumbang kepada publisiti. Tapi ia bukan faktor utama kemenangan saya. Semuanya diukur dari bakat dan drama yang saya lakonkan.”

Tasha Shila juga berjanji untuk meningkatkan mutu lakonannya pada masa akan datang.