ND Lala Tidak Kenal Sharnaaz Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Friday 11 January 2013

ND Lala Tidak Kenal Sharnaaz




Sebelum ini, WeGosip menyiarkan berita mengenai Sharnaaz Ahmad yang meluahkan hasratnya untuk memperisterikan penyanyi terkenal Shila Ahmzah, hari ini WeGosip mahu berkongsi mengenai cerita mereka lagi, kali ini kenyataann ini keluar dari mulut ND lala sendiri yang dia mengakui tidak kenal Sharnaaz secara peribadi dan berkata tidak pernah timbul soal anaknya mahu berkahwin tanpa risikan.

“Saya tidak kenal Sharnaaz secara mendalam. Jadi, adalah tidak adil untuk saya beri komen sama ada suka ataupun tidak kepadanya. Apatah lagi timbul soal jodoh atau perancangan berkahwin antara mereka, kerana tidak pernah berlaku perbincangan antara kedua-dua keluarga,” ujar ND Lala kepada rakan wartawan.

Menyedari anaknya itu kini sedang berada di puncak, ND Lala mahu lebih mengutamakan karier anaknya itu daripada hanya mengambil tahu hal remeh mengenai peribadi Shila.

“Sudah 12 tahun dia menanti saat ini. Takkan dia nak lepaskan peluang yang ada dengan masalah peribadi? Soal kontraknya dengan pihak di China, saya yang uruskan dan ini soal perniagaan. Jadi, saya cakap padanya, buang perkara remeh yang boleh menjejaskan kariernya itu.”
“Dia ni masih muda dan apabila meraih kejayaan, dia jadi agak teruja sampai terkeluar ungkapan tidak sepatutnya. Tetapi baguslah kerana dia sudah belajar daripada kesilapannya.” Menerutnya lagi, tidak pernah timbul soal dia menghalang anaknya itu berkawan dengan sesiapa kerana itu kehendaknya, namun dia akan mengambil tahu kerana Shila masih menjadi tanggungjawabnya sebagai bapa selagi anaknya itu belum berumah tangga.

Begitulah katanya....