Zack New Boyz Terlepas Hukuman Gantung Gosip Artis Dan Berita Hiburan Terkini WeGosip

Friday 11 January 2013

Zack New Boyz Terlepas Hukuman Gantung




Pemain bass Kumpulan New Boyz, Zack akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada tuduhan mengedar 1.321 kilogram ganja kira-kira tiga tahun lalu. Zack atau nama sebenarnya Radin Irwan Dzul Karnain Isagani dibebaskan pada Jumaat tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Zack. Hakim Akthar turut mempersoalkan kredibiliti pegawai penyiasat dan pegawai serbuan yand didakwa gagal membuat siasatan walaupun sudah lama berkhidmat.

Zack didakwa mengedar 1.321 kilogram ganja, di Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010. Zack yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.